My Add

Friday 23 August 2013

Mubarak sokong tindakan tegas polis

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 22 Ogos, 013: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyatakan sokongan padu tindakan tegas polis memerangi jenayah di negara ini melalui Ops Cantas yang dilancarkan awal minggu ini.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, pihaknya turut menyokong ketegasan Kementerian Dalam Negeri dalam menangani isu-isu keselamatan, ketenteraman dan awam dan kedaulatan negara.

“Perkara tersebut merupakan antara empat usul yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Tahunan Mubarak kali ke-13," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor Bahru (Persada) di sini hari ini.

Menurutnya, usul yang dibawa oleh Majlis Tertinggi Mubarak itu turut menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-pati politik dan rakyat supaya berganding bahu menyokong langkah-langkah tersebut.

Dalam masa sama, Mubarak turut menggesa kerajaan supaya mewujudkan mekanisme tetap untuk memberi imbuhan, penghargaan dan apa jua bantuan kepada mangsa, balu dan anggota keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam memelihara dan mempertahankan keamanan negara.

Sementara itu Mubarak turut menjunjung kasih saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam semalam yang mahukan badan itu turut memain peranan dengan memberikan pendapat dan berbincang dengan kerajaan dalam menangani isu-isu politik yang berlaku pada masa kini termasuk isu perpaduan.

“Sebelum ini kita memang sering mengadakan pertemuan dengan NGO untuk mengetahui masalah di peringkat rakyat dan semua maklumat itu kita salurkan untuk membantu kerajaan baik daripada aspek sosial mahupun politik.

“Namun dengan adanya suntikan semangat daripada Sultan Johor, ia akan menjadikan Mubarak lebih beriltizam untuk sama-sama membantu kerajaan terutama selepas selepas pacsa Pilihan Raya Umum Ke-13 ini," katanya.

Sultan Johor dalam titahnya pada majlis makan malam bersama 1,200 perwakilan dan jemputan Mubarak malam semalam menyarankan agar pertubuhan berkenaan turut sama membantu kerajaan menangani masalah perpecahan yang berlaku di negara ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment