My Add

Friday 23 August 2013

Nahas bas: 6 mayat mangsa mungkin warga asing

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Sebanyak enam mayat mangsa kemalangan bas di Genting Highlands Rabu lalu masih belum dapat dikenal pasti identitinya.

Kesemua mayat itu kini masih ditempatkan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, ketika ini pihaknya hanya dapat mengenal pasti dua daripada mayat tersebut ialah lelaki manakala selebihnya wanita.

"Lima daripada mereka iaitu dua lelaki dan tiga wanita memiliki wajah seperti Cina, boleh jadi Jepun atau Korea juga.

"Sementara seorang lagi iaitu wanita seperti India atau Afrika," katanya selepas melawat mangsa yang cedera dalam nahas itu di HKL di sini hari ini.

Dalam kejadian Rabu lalu, 37 orang maut manakala 16 lagi cedera selepas sebuah bas awam terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment