My Add

Friday 23 August 2013

PM tunai solat Jumaat bersama warga UIAM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat Jumaat bersama warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak dekat sini hari ini.

Najib seterusnya menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di antara UIAM dan Gunung Land Sdn. Bhd. bagi projek Pembangunan Islamic City, Gombak pada pukul 2.15 petang.

Beliau juga dijadualkan merasmikan Kongres Antarabangsa Tentang Integrasi dan Islamisasi Ilmu Kemanusiaan Kali Pertama sebelum menghadiri majlis Sambutan Aidilfitri UIAM di Dewan Utama Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment