My Add

Thursday 22 August 2013

Nahas bas: RM1,000 untuk keluarga mangsa terkorban

Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memberi bantuan segera berjumlah RM1,000 kepada waris mangsa yang maut dalam kemalangan bas di Genting Highlands semalam.

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, bantuan kewangan sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada mangsa warga tempatan yang terselamat dalam kejadian itu.

Menurutnya, bantuan itu diberikan menerusi Yayasan Kebajikan Negara bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.

"Kita sangat sedih dengan kejadian ini dan komited akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka," katanya selepas melawat beberapa mangsa yang terselamat dalam kejadian itu di Hospital Selayang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment