My Add

Thursday 22 August 2013

Laungan azan selamatkan rumah daripada terbakar

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU, KHAMIS, 22 Ogos, 2013: Tindakan seorang pemuda melaungkan azan sejurus selepas ternampak kebakaran di dapur menyelamatkan rumahnya daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Gaung, Pendek di sini hari ini.

Asraf Md. Din, 22, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi ketika dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kepulan asap tebal memenuhi ruang bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas.

"Terkejut dengan situasi tersebut, saya keluar dari bilik yang berada dan nampak api dari dapur di tingkat bawah sudah mula naik ke atas.

"Saya kemudian terus berlari ke bawah dan membuka pintu untuk membenarkan jiran-jiran masuk bagi membantu menyelamatkan barang," katanya ketika ditemui di rumahnya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment