My Add

Thursday 1 August 2013

Najib terima kunjungan Menteri Luar China, Wang Yi

* NAJIB Razak bersalaman dengan Wang Yi ketika menerima kunjungan Menteri Luar China itu sempena lawatan rasmi sehari ke Malaysia ketika di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, KHAMIS, 01 Ogos, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi, di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam pertemuan hampir satu jam itu mereka membincangkan antara lain mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Sebelum kunjungan itu, Wang Yi mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra di sini.

Wang Yi berada di Malaysia dalam lawatan sulungnya sehari ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Mac lepas bersama enam anggota delegasi.

Lawatan itu juga mencerminkan kepentingan berterusan China terhadap hubungan dengan Malaysia dengan perdagangan dan kerjasama ekonomi menjadi aspek utama dalam hubungan ini.

Perkembangan kerjasama antara Malaysia dan China dalam bidang lain seperti kebudayaan, pelancongan, pendidikan, pertahanan, penguatkuasaan undang-undang, sains dan teknologi turut menyumbang ke arah hubungan yang lebih dinamik antara kedua-dua negara.

Hubungan diplomatik Malaysia dan China bakal mencecah 40 tahun pada 2014.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment