My Add

Wednesday 21 August 2013

Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak kelmarin

KOTA BHARU, SE;ASA, 20 Ogos, 2013: Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini sejak kelmarin.

Difahamkan beliau yang berusia 84 tahun itu mengalami masalah untuk membuang air kecil.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas kini dirawat di Wad 2 Timur Depan HUSM dan dilaporkan keadaannya semakin pulih.

Bagaimanapun hasrat Utusan Online untuk bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka itu gagal kerana dimaklumkan beliau mahu berehat.

Keadaan Nik Abdul Aziz sejak beberapa tahun lalu menimbulkan tanda tanya kerana sering dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Difahamkan masalah kesihatan menjadi salah satu sebab beliau mengundurkan diri daripada terus menerajui kerajaan negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment