My Add

Wednesday 21 August 2013

Suraya Yaacob tawar diri tanding Naib Ketua Wanita

 
AALOR SETAR, SELASA, 20 Ogos, 2013: Exco Wanita UMNO, Datuk Suraya Yaacob menawarkan diri untuk bertanding Naib Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Suraya yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pendang berkata, dia membuat keputusan untuk bertanding jawatan tersebut dua minggu lalu dan telah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Wanita UMNO Kedah.

"Saya telah nyatakan keinginan untuk bertanding kepada mereka dan berharap Wanita UMNO Kedah akan menyokong saya.

"Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya menyokong penuh kepimpinan Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO dan menghormati keputusan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan tersebut," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurut Suraya, dia juga tidak selesa dengan persepsi yang timbul pada masa ini yang menyatakan dia berada di dalam kem Azalina.

"Ada beberapa persepsi yang saya tak berapa selesa iaitu kata saya bersama dengan Azalina, pertandingan Ketua Wanita UMNO dan Naib Ketua Wanita adalah sesuatu yang berbeza, siapa juga Ketua yang menang perlu terima Naib yang menang.

"Saya berharap calon yang dipilih biarlah berdasarkan kredibiliti masing-masing," ujarnya. UTUSANONLINE

No comments:

Post a Comment