My Add

Monday 26 August 2013

Op Cantas Khas: Narkotik catat 1,911 tangkapan

Oleh NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mencatatkan kejayaan beberapa tangkapan dan rampasan selepas melancarkan Op Cantas Narkotik bermula 23 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, setakat dua hari operasi itu dilancarkan, 1,911 tangkapan berjaya dilakukan termasuk 30 tangkapan melibatkan ahli kongsi gelap.

"Dengan tangkapan itu, sebanyak 1,772 kes telah dibuka malah kami turut berpuas hati apabila beberapa ahli Geng 04, Geng 08, Geng 555 dan Geng 18 berjaya ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah," katanya dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment