My Add

Monday 26 August 2013

Remaja ditahan rogol anak saudara 5 tahun

Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Akibat sering menonton video lucah, seorang remaja lelaki tergamak melampiaskan nafsu terhadap anak saudaranya yang baru berusia lima tahun di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung baru-baru ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang Khamis lalu berlaku di bilik remaja berusia 15 tahun itu ketika keluarganya tiada di rumah.

Bagaimanapun perbuatan terkutuk remaja berkenaan terbongkar selepas kanak-kanak perempuan itu mengadu kepada ibunya mengalami kesakitan di bahagian kemaluan semasa membuang air kecil.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kanak-kanak tersebut memberitahu perkara sebenar selepas disoal ibunya semalam yang hairan dengan kesakitan dialami mangsa.

"Susulan itu, ibu mangsa terus membuat laporan polis terhadap adiknya itu yang bertindak merogol kanak-kanak berkenaan.

"Siasatan awal polis mendapati suspek ketagihan menonton aksi-aksi seks di telefon bimbit dan sering memuaskan nafsunya sendiri dua kali sehari," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment