My Add

Thursday 22 August 2013

Palanivel sah lepaskan jawatan Presiden MIC pada 2016
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Ogos , 2013: Datuk Seri G. Palanivel hari ini mengesahkan beliau akan melepaskan jawatan sebagai presiden MIC pada 2016.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, beliau akan berundur pada suku pertama 2016 pada penghujung penggalnya sebelum timbalan presiden mengambil alih.

Bagaimanapun, beliau berkata, ini bukan syarat yang disetujui atau dikompromi.

"Tiada kompromi. Saya hanya minta satu penggal lagi, saya sudah umumkannya banyak kali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat tertutup dengan ketua-ketua bahagian parti di ibu pejabat MIC di sini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment