My Add

Friday 23 August 2013

Pelajar maut, 5 parah bas sekolah rempuh lori

SANDAKAN, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Seorang pelajar lelaki maut manakala lima lagi termasuk pemandu bas cedera parah apabila bas sekolah yang mereka naiki bertembung dengan lori pembancuh simen di Km 45 Jalan Sandakan-Kinabatangan hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 12.10 tengah hari itu, bas sekolah berkenaan membawa 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segaliud berusia 13 hingga 16 tahun yang baru pulang dari sekolah.

Pelajar lelaki berusia 13 tahun itu mati di tempat kejadian manakala lima yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan, kata Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong.

Beliau berkata 10 lagi pelajar dan pemandu lori pembancuh simen itu cedera ringan dan dihantar ke HDOK oleh orang awam yang melalui kawasan itu. - BERNAM 

No comments:

Post a Comment