My Add

Friday 23 August 2013

UIAM ambil peranan pemangkin perpaduan ummah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) perlu memainkan peranan sebagai pemangkin dalam usaha menyatu-padukan umat Islam di seluruh dunia.

Perdana Menteri memberitahu, perpaduan ummah amat penting dalam suasana negara-negara Islam yang berpecah-belah akibat konflik dalaman ketika ini.

"Saya berharap UIAM akan menyediakan asas dan dorongan intelektual kepada pemimpin negara-negara Islam untuk bersama-sama mencari penyelesaian," katanya ketika berucap merasmikan Kongress Antarabangsa Tentang Integrasi dan Islamisasi Ilmu Kemanusiaan (FWCII) 2013 dan melancarkan Bandar Islamik di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin dan Pengerusi FWCII 2013, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan.

Dalam ucapannya, Najib turut mengisytiharkan pengiktirafan UIAM sebagai Universiti Islam Antarabangsa Premier. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment