My Add

Friday 16 August 2013

Pemandu teksi bawa suspek kes bunuh Hussain dituduh miliki pistol

KUALA LUMPUR, JUMAAT,, 16 Ogos, 2013: Pemandu teksi yang dipercayai memandu suspek kes tembak mati pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi, 75, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki sepucuk pistol dan empat butir peluru hidup tanpa lesen, dua minggu lalu.

Chew Siang Chee, 45, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Tiada sebarang jaminan ditetapkan dan sebutan kes pada 23 Ogos ini. - UTUASN ONLINE

No comments:

Post a Comment