My Add

Friday 16 August 2013

Pembaharuan Felda terus mantapkan hidup peneroka - PM

Oleh SAFINA RAMLI

PENDANG 16 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa pembaharuan untuk memantapkan kehidupan masyarakat Felda tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

Beliau berkata, pelaburan-pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada masyarakat Felda akan terus dijalankan dan pengumuman mengenainya akan dibuat dari semasa ke semasa.

''Bila Felda lebih untung, untung itu akan kita pulangkan kepada masyarakat Felda,'' katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan dan Pelancaran Pelan Integriti Felda serta Majlis Hari Raya 2013 di Felda Sungai Tiang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment