My Add

Friday 23 August 2013

Pemerhati Mubarak Selangor meninggal dunia
JOHOR BAHARU, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Seorang pemerhati Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dari Selangor yang menghadiri Perhimpunan Agung ke-10 persatuan itu di sini, meninggal dunia sejurus dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu pagi ini.

Yang Dipertua Mubarak Johor, Datuk Jaafar Hamzah berkata Datuk Sanat Said, 67, yang juga Ahli Jawatankuasa Mubarak Selangor dan bekas Exco kerajaan negeri Selangor sebelum itu dilaporkan mengadu sakit perut kira-kira pukul 10 pagi sebelum dibawa ke hospital oleh pihak hotel.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian kami dimaklumkan beliau telah meninggal dunia akibat sakit di dalam perut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Jaafar, Allahyarham yang datang seorang diri ke perhimpunan berkenaan yang berlangsung sejak Rabu lepas sebelum itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda beliau kurang sihat.

"Semalam Allahyarham sempat berbual dengan saya di kafe hotel dan berada dalam keadaan sihat, pemergiannya betul-betul mengejutkan perwakilan-perwakilan Mubarak," katanya yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment