My Add

Saturday 17 August 2013

Pemilihan UMNO patut jadi contoh kepada komponen BN

Oleh MUHAMMAD ZIKRI

PONTIAN, SABTU, 17 Ogos, 2013: Proses pemilihan jawatan dalam UMNO pada tahun ini, patut menjadi contoh kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain terutama dalam mengekalkan semangat setiakawan selepas proses itu selesai.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun persaingan sengit dijangka berlaku dalam kebanyakan jawatan yang dipertandingkan, segalanya diharap berjalan dengan teratur dan lancar sebagaimana peraturan mesyuarat.

"Pemilihan adalah medan untuk mencari barisan kepimpinan yang dapat meneruskan perjuangan UMNO untuk masa depan semua pihak seterusnya menjadi contoh mendepani cabaran memperkasa parti, bukan agenda peribadi atau kumpulan tertentu," katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Dewan Orang Ramai Kampung Lubok Sipat, Benut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment