My Add

Saturday 17 August 2013

Nazri Aziz tidak tanding MT UMNO

Oleh HASHIM P. MAMAT

PADANG RENGAS, SABTU, 17 Ogos, 2013: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memutuskan untuk tidak bertanding mana-mana jawatan termasuk Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk membarisi kepimpinan UMNO sekali gus diharap memberi suntikan idea lebih segar kepada parti.

Mohamed Nazri yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas berkata, beliau mahu menumpukan usaha untuk memantapkan parti khususnya di peringkat bahagian demi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Saya lebih rela tidak memegang jawatan dalam parti, tetapi untuk bekerja dan menang dalam pilihan raya untuk parti," katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Riang Ria Aidilfitri di Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Lubuk Merbau di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment