My Add

Wednesday 14 August 2013

Pemuda maut kereta dipandu rempuh lori

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

 * KEADAAN kereta yang dipandu Yeow Siang Boon, 25, selepas merempuh sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari sebuah setor di Tongkang Pechah, Batu pahat hari ini. - UTUSAN
BATU PAHAT 13 Ogos - Seorang pemuda maut selepas kereta Perodua Kenari dipandunya merempuh sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari sebuah stor di Kilometer 11, Jalan Besar Tongkang Pechah di sini hari ini.

Yeow Siang Boon, 25, maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan dalam kejadian itu.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmadnya, mangsa yang tinggal tidak jauh dari lokasi kemalangan dipercayai baru keluar dari rumah sebelum terlibat dalam nahas itu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment