My Add

Wednesday 14 August 2013

Bapa Sanjeevan minta Bukit Aman ambil alih kes

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Ogos, 2013: Bapa kepada Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman segera mengambil alih siasatan kes tembak anaknya yang kini dikendalikan Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

P. Ramakrishnan, 64, berkata, tindakan tersebut bagi mengelakkan konflik kepentingan kerana Sanjeevan sebelum ini pernah membuat laporan mengenai salah laku pegawai dan anggota polis di kontinjen negeri itu.

"Permintaan saya ini juga selaras dengan pengumuman Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menubuhkan pasukan khas yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah bagi menyiasat kes ini.

"Saya minta perkara ini dapat dilakukan segera demi keselamatan Sanjeevan. Malah saya akan bertemu dengan Hadi Ho dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkara tersebut," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan mengenai perkara itu di Balai Polis Travers di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment