My Add

Tuesday 27 August 2013

Pengeksport tak perlu bergantung pasaran mata wang
Oleh AZMAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Ogos, 2013: Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan para pengeksport di negara ini supaya tidak terlalu bergantung kepada kadar mata wang ringgit bagi memberi persaingan dalam perniagaan.

Sebaliknya, para pengeksport perlu memberi tumpuan kepada pelbagai pendekatan positif yang lain.

Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, para pengeksport sepatutnya melakukan pendekatan inovatif selain meningkatkan corak pengurusan.

Katanya, pada waktu ini, kita perlu memberi tumpuan kepada pasaran kewangan terurus.

"Permintaan pasaran kewangan tumbuh sebanyak enam hingga tujuh peratus pada suku kedua tahun ini dan pelaburan sektor swasta amat membantu dalam mengekalkan ekonomi mapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku berjudul Grow Your Business: Access Financing for SME's in Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengerusi IBBM, Tan Sri Azman Hashim.

Buku tersebut merupakan keluaran Institut-Institut Ahli Bank-Bank Malaysia (IBBM) yang bertujuan memandu pemilik dan pengurus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk lebih memahami kewangan dan cara-cara mendapatkan pembiayaan dengan - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment