My Add

Tuesday 27 August 2013

Md. Alwi tawar diri tanding MT

Oleh ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU, SELASA, 27 Ogos, 2013: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md. Alwi Che Ahmad hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, keputusan tersebut dibuat semata-mata untuk menyumbang kepada parti.

"Setelah melihat ramai tokoh-tokoh negeri menarik diri pada pemilihan kali ini, saya mula terpanggil untuk bertanding jawatan ini memandangkan banyak kekosongan yang ada.

"Saya adalah calon ketiga bagi mewakili negeri Kelantan setakat ini selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyampaian Kupon Pemberian Baja dan Peralatan Pertanian di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Jaya Peringat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment