My Add

Wednesday 14 August 2013

Peniaga nasi kukus mati ditikam, kenderaan dilarikan

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA

DUNGUN, SELASA,  13 Ogos, 2013: Seorang peniaga nasi kukus maut ditikam di dada dan bahu dalam satu kejadian rompakan di tempat letak kereta berhadapan premis perniagaannya di Jalan Besar Kampung Cacar, Paka di sini awal pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika mangsa, Mohamad Lutpi Mansor, 50, baru menutup kedai dan bersiap untuk pergi ke bank bagi urusan penyimpanan wang hasil perniagaan yang menjadi rutin hariannya sebelum ke masjid.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh adik iparnya, Mohd. Zulrophia Umar, 21, kira-kira tiga jam kemudian sebelum dia memaklumkannya kepada isteri mangsa, Norzuedawati Umar, 25.

Mangsa dipercayai diserang ketika menuju ke trak pikap jenis Toyota Hilux miliknya yang dilarikan penjenayah bersama beberapa barang dalam kenderaan termasuk beg tangan, kasut serta telefon bimbit.

Bagaimanapun satu ikat wang kertas masih terdapat dalam poket baju lengan pendek yang dipakai mangsa.

Mayat peniaga itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment