My Add

Wednesday 14 August 2013

Nelayan hilang ditemui mati di dalam bot

BACHOK, SELASA, 13 Ogos, 2013: Seorang nelayan Kampung Kemasin, dekat sini ditemui mati di atas bot miliknya oleh sekumpulan nelayan tempatan yang keluar mencarinya pada pukul 6.30 pagi semalam.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bachok, Mohd. Saripudin Ishak berkata, mangsa dikenali sebagai Che Ibrahim Che Muda, 37, dikatakan tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu selepas ke laut untuk menangkap ikan pada pukul 4 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, operasi mencari dilakukan pada sebelah malam selepas berita kehilangannya dilaporkan oleh anggota keluarga yang curiga terhadap keselamatan mangsa.

"Arwah sepatutnya masuk kembali ke pangkalan di Kuala Kemasin pada sebelah petang sebagaimana lazimnya. Kami menunggu sehingga pukul 10 malam dan mengerahkan semua nelayan melakukan gerakan mencari.

"Mangsa yang hilang ditemui terbujur di dalam botnya kira-kira empat jam jarak perjalanan dari Kuala Kemasin," katanya kepada pemberita dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment