My Add

Thursday 8 August 2013

Pikat gadis jadi 'keldai akaun'

Oleh ZULHILMI JALIL
 
 
KUALA LUMPUR, RABU, 07 Ogos, 2013: Sindiket Awang Hitam bukan sahaja mencari wanita yang sanggup dijadikan keldai dadah malah, mereka turut memujuk rayu gadis-gadis untuk menyerahkan kad bank bagi memudahkan kegiatan penipuan penghantaran 'bungkusan cinta' dijalankan.

Gadis-gadis yang digelar 'keldai akaun' itu kini tidak perlu lagi mengeluarkan wang yang didepositkan oleh wanita ardartu yang menjadi mangsa penipuan sindiket tersebut.

Sebaliknya, suspek memilih untuk mengeluarkan sendiri wang dari akaun gadis tersebut dengan memegang kad bank mereka.

Mengikut modus operandi, sindiket tersebut memikat wanita andartu yang kesepian untuk bercinta. Selepas termakan kata-kata manis, suspek akan memaklumkan bahawa mereka akan menghantar bungkusan mengandungi wang dan pelbagai barangan berharga sebagai tanda cinta. - KOSMO! 

No comments:

Post a Comment