My Add

Friday 16 August 2013

PM hargai UK permudah permohonan visa pelajar Malaysia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Ogos, 2013; Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan penghargaan kepada kerajaan United Kingdom kerana mempermudahkan permohonan visa bagi pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka ke negara itu.

"Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan UK kerana mempermudahkan permohonan visa bagi pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran di sana," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam akaun Twitter beliau bagi mengulas laporan berita mengenai langkah United Kingdom mempermudahkan permohonan visa pelajar.

Britain telah memberikan dua pengecualian signifikan dalam proses permohonan visa bagi pelajar Malaysia - mereka tidak lagi perlu menyediakan dokumen sebagai bukti bagi perbelanjaan kewangan dan kelayakan pendidikan.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Ray Kyles berkata, syarat itu telah dimansuhkan berikutan pematuhan imigresen tahap tinggi daripada pelajar Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment