My Add

Friday 16 August 2013

Setor resort kontroversi terbakar

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 16 Ogos, 2013: Sebuah bangunan yang digunakan sebagai setor penyimpanan barangan lama dan lusuh di sebuah resort di Sedili, Kota Tinggi yang menempatkan 'surau kontroversi' kerana dicemarkan dengan ritual keagamaan selain Islam, terlibat dalam kebakaran awal pagi ini.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, polis Kota Tinggi menerima maklumat berkaitan kebakaran pada tingkat atas bangunan dua tingkat itu pukul 12.15 pagi.

Siasatan awal mendapati kebakaran yang memusnahkan kira-kira 50 peratus bangunan di tingkat atas itu berpunca daripada litar pintas dan tiada sebarang unsur perbuatan jenayah.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan meminta semua pihak bertenang kerana keadaan adalah terkawal. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment