My Add

Monday 26 August 2013

Polis kenal pasti suspek tembak pengusaha nasi kukus

KUALA TERENGGANU , ISNIN, 26 Ogos, 2013: Polis Terengganu telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes tembak seorang pemilik restoran nasi kukus di Paka, Dungun baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, pihaknya percaya lebih dari seorang suspek terlibat dalam kes rompak dan bunuh itu.

Katanya kejadian itu dipercayai dilakukan oleh orang tempatan namun siasatan lanjut masih diteruskan.

"Kini gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya pihaknya juga telah menemui beberapa petujuk positif berhubung kejadian 13 Ogos itu di mana seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati dengan beberapa das tembakan di tempat letak kereta di hadapan kedai miliknya.

Mohamad Lutpi Mansor, 50, dijumpai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di dada dan bahu pada pukul 7.30 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan telah keluar rumah untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di sebuah bank di Bandar Dungun.

Kenderaan pacuan empat roda milik mangsa bersama beg duitnya turut dilaporkan hilang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment