My Add

Monday 26 August 2013

Ibrahim Ali dilantik sebagai wakil ASEAN di MILE

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dilantik sebagai wakil ASEAN di Institut Kepimpinan dan Keusahawanan Madinah (MILE) di Madinah, Arab Saudi mulai 1 Ogos lalu.

Beliau dilantik secara rasmi menerusi surat yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif MILE, Dr. Mohamed Moustafa Mahmoud.

Ibrahim berkata, pelantikannya itu adalah berdasarkan kepada prinsip kesukarelaan dan tidak melibatkan kepentingan kewangan.

"Saya tidak menerima sebarang imbuhan atau bayaran bulanan serta tahunan kecuali kemudahan perjalanan apabila perlu menjalankan tugas di Pejabat MILE di Madinah.

"Tugas saya pula sebagai wakil ASEAN adalah untuk mempromosi peranan MILE dan mewujudkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat seperti universiti serta institusi dalam program berkaitan kepimpinan dan keusahawanan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, pemilihannya itu dibuat berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh beberapa tokoh yang juga kenalannya di dalam MILE dan di Madinah.

Menurut Ibrahim, tugas tersebut diterima dengan perasaan gembira kerana dapat menyumbang tenaga kepada sebuah institusi berprestij yang dinaungi Gabenor Madinah, Putera Faisal Al-Saud.

"Tugas ini juga memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi dari semasa ke semasa dengan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan industri yang bersidang setiap tiga bulan dengan pelbagai topik perbincangan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment