My Add

Wednesday 7 August 2013

Pupuk keutuhan perpaduan masyarakat untuk keamanan dan keharmonian: Soi Lek

KUALA LUMPUR, RABU, 07 Ogos, 2013: Rakyat Malaysia perlu sentiasa memupuk keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, inilah keunikan identiti Malaysia yang diserap dalam pelbagai kepercayaan, agama dan tradisi pelbagai kaum.

"Perayaan seperti Hari Raya memaparkan keutuhan Malaysia dan menyatukan kita semua sebagai satu keluarga.

"Semangat 1Malaysia bukan sekadar satu polisi. Ia meliputi pelbagai aspek iaitu semangat kekitaan, bersatu-padu, persefahaman, ikatan, amanah dan saling bekerjasama," katanya dalam perutusan Aidilfitri, di sini, hari ini.

Selain itu, Dr Chua berkata, ikatan menerusi kebudayaan dan antara kaum amat penting untuk meningkatkan persefahaman dan komunikasi akan sensitiviti masing-masing dan meningkatkan status persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Pergaulan dengan kaum-kaum lain tidak seharusnya hanya di majlis rumah terbuka saja, sebaliknya patut dijadikan budaya dan disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia, untuk kita hidup dengan penuh harmoni dan saling menghormati adat resam dan tradisi masing-masing," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment