My Add

Monday 19 August 2013

Rais umum tidak tanding MT, Ketua UMNO Jelebu

JELEBU, AHAD, 18 Ogos, 2013: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengumumkan tidak akan bertanding jawatan Ahli MT UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada pemilihan parti kali ini.

Rais berkata: "Bak kata perpatah, saya menyeberang sudah sampai ke seberang dan lingkungan usia saya ambil kira...oleh kerana saya sekarang diberi tugas di peringkat penasihat taraf menteri saya dapati itu lebih sesuai bagi saya setelah 40 tahun berkecimpung dalam arena politik.

"Sebagai penasihat, saya kira itu lebih afdal dan saya terimalah penghargaan daripada Perdana Menteri itu sebaik mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anggota Dewan Undangan Negeri Pertang Datuk Jalaludin Alias di padang awam Simpang Pertang di sini, malam tadi.

Mengenai pemimpin yang akan mengganti beliau di bahagian Jelebu, Rais meletakkan empat syarat iaitu perlu jujur memimpin, tidak menggunakan sogokan, tahu Fasal 3 perlembagaan dan menunjukkan jasa dan sumbangan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment