My Add

Thursday 15 August 2013

Rosnah masih timbang tandingi jawatan Wanita UMNO

PAPAR, KHAMIS, 15 Ogos, 2012: Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau perlu meneliti sokongan akar umbi sebelum membuat keputusan untuk menandingi mana-mana jawatan dalam Wanita UMNO.

Ini kerana, katanya, beliau "orang baharu" dalam Wanita jika dibandingkan dengan calon-calon lain.

"Saya berasal daripada Puteri UMNO dan masih memegang jawatan Ketua Puteri sehingga September ini. Dalam erti kata lain saya orang baharu dan sebagai orang baharu saya kena lihat sokongan terutama dari segi kepimpinan Wanita peringkat akar umbi.

"Memandangkan kita hanya daftar calon pada 21 September, beri saya peluang untuk memikirkannya," kata Rosnah ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri, di kediamannya di sini semalam.

Sebelum ini ada desas-desus mengatakan Ahli Parlimen Papar itu mengintai peluang untuk menandingi jawatan naib ketua Wanita pada pemilihan yang dijadualkan Oktober ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment