My Add

Thursday 15 August 2013

Taman Laut Sultan Iskandar nama baru Kepulauan Mersing

Oleh IFQDAR RAHMAN

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 15 Ogos, 2013: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telahpun memperkenankan penjenamaan semula Taman Negara Johor Kepulauan Mersing dengan nama baru iaitu Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, penjenamaan semula itu dilakukan agar destinasi pelancongan tersebut lebih komersial, sekali gus mampu meningkatkan lagi jumlah pengunjung.

Bukan itu sahaja, menurut beliau, bermula 1 September ini, caj baharu iaitu sebanyak RM5 dikenakan kepada pengunjung tempatan dan RM20 kepada warga asing untuk memasuki ke Taman-taman Negara di negeri ini termasuk TLSI.

"Sebelum ini pengunjung tidak dikenakan sebarang caj masuk, namun atas tujuan pemuliharaan dan konservasi, kadar tersebut diperkenalkan bagi sama-sama menjaga dan mengekalkan biodiversiti kawasan berkenaan.

"Bagi aktiviti menyelam pula, ia dihadkan kepada 100 penyelam sahaja dalam sehari bagi setiap gugusan pulau dan hanya operator yang berdaftar dengan Jabatan Pelancongan negeri sahaja dibenarkan membawa masuk penyelam," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Iskandar, Bukit Timbalan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment