My Add

Tuesday 27 August 2013

Serah surat tandatangan perwakilan kepada ROS

 
KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke Siew Fook dicabar supaya mengemukakan sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani oleh para perwakilan DAP kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam tempoh seminggu ini.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim (gambar) berkata, tindakan itu perlu memandangkan surat tersebut membuktikan para perwakilan telah menerima notis mesyuarat dan tidak dapat hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 15 Disember tahun lalu.

Berikut adalah kenyataan Zamil:

1. Ekoran sidang akhbar DAP pada 19 Ogos 2013, KITA masih menunggu Lim Guan Eng dan Anthony Loke untuk mengemukakan kepada pihak ROS sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani oleh para perwakilan DAP yang buat pengakuan bahawa mereka telah menerima notis mesyuarat dan tidak dapat hadir pada pemilihan CEC tarikh 15 Disember 2012.

Sudah pasti surat pengakuan daripada perwakilan DAP ini mestilah bertarikh sebelum 15 Disember 2012 dan bukan selepasnya.

2. KITA cabar Lim Guan Eng dan Anthony Loke untuk mengemukakan 500 surat salinan asal tersebut kepada pihak ROS dalam masa seminggu supaya pihak ROS dapat temuduga dan siasat kesemua 500 orang perwakilan dan pastikan kesahihan dan ketulenan surat pengakuan mereka.

KITA mencadangkan supaya ROS mendapatkan kerjasama daripada pihak polis bahagian forensik untuk mengesahkan sama ada surat pengakuan ditulis sebelum atau selepas 15 Disember 2012.

3. KITA minta Anthony Loke letak semua jawatan dalam parti jika gagal mengemukakan 500 surat asal yang dikatakan pengakuan oleh 500 ahli perwakilan DAP yang tidak hadir dan mengundi semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

Pihak ROS juga wajar meminta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyiasat jika wujud gejala rasuah dalam perkara ini. Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Anthony Loke jika didapati ada unsur-unsur penipuan atau rasuah. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment