My Add

Monday 19 August 2013

Tembakan pistol disangka bunyi letupan

KOTA TINGGI, AHAD, 18 Ogos, 2013: Sepasang suami isteri tidak menyangka bunyi letupan kuat di belakang bahagian dapur rumah mereka datang daripada tembakan pistol.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, pasangan yang enggan dikenali itu sedang memasak di luar bahagian tepi rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat berdekatan pintu jeriji belakang rumah yang pada awalnya disangka bunyi mercun.

Mereka hanya sedar kejadian itu berpunca daripada pistol selepas mendapati terdapat kerosakan pada pintu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid yang ditemui di tempat kejadian mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan awal polis mendapati kedua-dua suami isteri itu bukan sasaran tembakan berkenaan.

"Kami percaya kejadian itu berpunca daripada peluru sesat dan kami telah menemui sebutir peluru dioercayai dilepaskan daripada pistol bersaiz 9mm di lokasi kejadian.

``Selain mempertingkatkan rondaan di kawasan berhampiran lokasi, saya minta kerjasama orang ramai tampil membantu sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian itu," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment