My Add

Monday 19 August 2013

Najib, Rosmah hadir rumah terbuka Tun Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR, AHAD, 18 Ogos, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 1.30 petang dengan disambut oleh Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Najib dan Rosmah meluangkan masa menikmati pelbagai juadah istimewa yang dihidangkan sebelum meninggalkan majlis kira-kira pukul 2.25 petang.

Majlis rumah terbuka yang meriah dengan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang itu berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 5 petang. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment