My Add

Friday 16 August 2013

Tembelang DAP sudah pecah - R. Ramanan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Ogos, 2013: Pendirian DAP yang akhirnya terpaksa tunduk dengan desakan umum untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menunjukkan parti itu sebenarnya telah melakukan penipuan pada Disember lepas.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, dakwaan wujudnya penyelewengan serta manipulasi undi oleh ahli-ahli DAP itu merupakan kejadian yang benar-benar berlaku.

Dakwanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang telah menyedari kebenaran itu enggan membiarkan parti itu hancur kerana sikap 'tamak kuasa' dan angkuh dinasti Lim.

"Rakyat bukan 'bodoh', selama ini kita semua tahu bahawa anak beranak Lim, Kit Siang dan Guan Eng tidak akan sesekali tunduk atau berputus asa dengan mana-mana desakan sebelum ini.

"Berpuluh-puluh tahun mereka sudah sebati dengan dunia politik, malah kita sendiri sudah menyaksikan pelbagai sandiwara mereka selama beberapa bulan ini. Bagaimana pula hari ini mereka bersetuju untuk pemilihan semula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ramanan mengulas pendirian terbaharu DAP yang akhirnya mengalah dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula CEC setelah mendapat tekanan daripada pelbagai pihak, khususnya ahli parti itu sendiri.

Tambah Ramanan, beliau dimaklumkan satu mesyuarat 'tergempar' telah diadakan secara tergesa-gesa malam tadi bagi menyelesaikan pertikaian antara dua kumpulan, penyokong dinasti Lim dan akar umbi parti.

"Menurut sumber saya, mesyuarat malam tadi berlaku dalam keadaan yang sungguh tegang. Anak beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja yang begitu angkuh dan degil untuk tidak bersetuju mengadakan pemilihan semula.

"Rata-rata yang lain hendak membuat pemilihan semula bagi membersihkan nama parti yang telah tercalar selama lebih tujuh bulan. Masing-masing merasakan adalah sesuatu yang bahaya jika terus bersandiwara dan memanjangkan isu ini. Tidak kurang yang takut jika lebih banyak pendedahan didedahkan.

"Ada juga pemimpin dan akar umbi yang bertindak 'mengugut' akan keluar parti. Dengan tekanan ini kedua-dua pemimpin ini terpaksa mengalah dengan kehendak mereka," dedah Ramanan.

Dalam pada itu, Ramanan turut mendesak ahli dan penyokong parti itu untuk tidak berterusan membiarkan Guan Eng dan Kit Siang 'mempergunakan' parti itu untuk agenda mereka.

"Selama ini, DAP seolah-olah hak milik keluarga Lim. Para pejuang dalam parti itu pula seolah-olah bekerja untuk mereka, adakah ini adil dan demokratik?

"Terlalu ramai ahli DAP yang telah 'dipaksa' dan dibuang parti hanya kerana mereka tidak sealiran dengan dinasti Lim, slogan indah parti ini hanya retorik," ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment