My Add

Friday 16 August 2013

DAP akui laku kesilapan besar - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Ogos, 2013: Keputusan DAP untuk mengadakan semula pemilihan baharu Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dilihat sebagai tanda pengakuan 'melakukan kesilapan besar' oleh pucuk pimpinan parti itu pada pemilihan lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan itu menunjukkan DAP bukan sebuah parti sempurna dan pengamal demokrasi telus sebagaimana dicanangkan oleh kepimpinan tertinggi parti itu sebelum ini.

"Tanpa pendedahan oleh anggota mereka sendiri, DAP akan terus dipimpin melalui proses manipulasi dalam kalangan mereka yang berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataan berkata, parti itu akan mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan pendaftaran parti dibatalkan.

Katanya, perkara itu diputuskan malam tadi dalam mesyuarat CEC.

Jelas beliau, parti itu akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis ini bagi membincangkan persediaan mengadakan pemilihan semula CEC.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC .

Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, alasan lain oleh pucuk pimpinan tersebut hanya sekadar menutup aib sendiri.

"Mereka tidak berani membawa perkara ini ke mahkamah, ini membuktikan bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) berada di pihak yang benar," tegasnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment