My Add

Tuesday 20 August 2013

Tentera bunuh 36 pengikut Ikhwanul Muslimin

KAHERAH, ISNIN, 19 Ogos, 2013: Pergerakan Ikhwanul Muslimin menuduh pasukan keselamatan Mesir membunuh berpuluh-puluh pengikutnya yang ditahan, sekali gus meningkatkan lagi konflik di negara ini.

Namun, Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan itu dan berkata, 36 pengikut Ikhwanul Muslimin maut ketika mereka cuba melepaskan diri daripada penjara Abu Zaabal berhampiran Kaherah, semalam.

Menurut kementerian itu, tahanan tersebut cuba melarikan diri dan bertindak menjadikan seorang pegawai keselamatan sebagai tebusan.

"Tahanan itu, bagaimanapun terbunuh akibat lemas dan berasak-asak selepas pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Namun, satu sumber undang-undang mendedahkan bahawa tahanan-tahanan itu maut selepas mereka ditempatkan secara berasak-asak di belakang sebuah van polis.

Ekoran itu, Ikhwanul Muslimin mendakwa pihak berkuasa bertanggungjawab atas kejadian itu.

"Pembunuhan ini menunjukkan berlaku keganasan dan penyeksaan terhadap tahanan politik yang menentang rampasan kuasa oleh tentera," kata pergerakan itu.

Tentera dan polis turut dihantar untuk memperkuatkan kawalan di penjara itu ekoran kejadian tersebut, lapor agensi berita MENA. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment