My Add

Friday 23 August 2013

Terserah pengurusan Genting untuk buka laluan

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

GENTING HIGHLANDS, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Polis menyerahkan kepada budi bicara pengurusan taman tema Genting Highlands untuk membuka jalan di kawasan nahas membabitkan sebuah bas yang terjunam ke dalam gaung di KM3.5 di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd. Noor berkata, bagaimanapun ia terpulang kepada tempoh pasukan penyiasat menyelesaikan tugas meleraikan bangkai bas di tempat kejadian terlebih dahulu.

Operasi meleraikan bangkai bas untuk siasatan awal itu kata beliau akan dijalankan oleh pasukan forensik polis, Jabatan Kimia, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) , Jabatan Pengangkutan Jalan dan Puspakom sebelum dibawa ke IPD Bentong untuk siasatan lanjut.

"Setakat ini operasi mengeluarkan bangkai bas dari gaung sedalam 150 meter berjalan lancar menggunakan kren dan kini kami sedang menunggu semua agensi kerajaan terbabit melakukan siasatan.

"Kalau boleh ia diselesaikan hari ini dan kemudian Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur ini akan dibersihkan sebelum diserahkan kembali ke pengurusan Genting, " katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian di sini hari ini.

Mohamad Mansor turut menambah, polis dari pasukan VAT69 dan Pasukan Gerakan Am akan turun semula ke dalam gaung bagi menjalankan siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment