My Add

Friday 9 August 2013

Tiga beranak maut nahas di Sungkai

IPOH, KHAMIS, 08 Ogoss, 2013: Tiga beranak maut, manakala tiga lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Sungkai, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mereka yang maut dikenali S Angamah, 35 (ibu) dan dua anak perempuannya K Bavani, 16 dan K Komadhi, 11.

Manakala yang parah dikenali M Kalimuthu, 40, (suami) dan dua lagi anaknya dikenali K Gayatri, 17 dan K Mathan berusia enam tahun.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw ketika dihubungi berkata, kemalangan membabitkan dua kereta yang terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung.

"Kemalangan itu menyebabkan tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala tiga lagi yang parah dikejarkan ke Hospital Slim River untuk rawatan.

"Kesemua mangsa terdiri daripada satu keluarga, manakala seorang pemandu kenderaan lain dikenali Sharul Nizam Zainud,39, tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. = BH

No comments:

Post a Comment