My Add

Tuesday 20 August 2013

Wanita perlu berpengetahuan, pertajam kemahiran

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Ogos, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan wanita perlu merebut segala peluang yang ada selain mempunyai pengetahuan dan mempertajamkan kemahiran untuk berjaya dalam pelbagai sektor termasuk membangunkan keluarga.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, untuk berjaya juga, mereka seharusnya berani berdepan dengan cabaran dan risiko serta bersedia untuk bersaing.

"Dalam menentukan hala tuju diri dan membina kejayaan, wanita mesti merebut segala peluang sedia ada. Bak kata pepatah Melayu, 'dayung sudah di tangan, perahu sudah di air', pelbagai peluang telah disediakan dan terserah kepada wanita untuk menggunakan peluang tersebut untuk memperoleh kejayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Sidang Kemuncak Wanita 2013 di Pusat Konvensyen Sime Darby, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment