My Add

Tuesday 27 August 2013

Washington beri amaran Syria bakal dikenakan tindakan

DAMSYIK, SELASA, 27 Ogos, 2013: Washington hari ini memberi amaran keras kepada Syria bahawa negara itu bakal menghadapi tindakan berikutan serangan senjata kimia yang dilancarkan di pinggir Damsyik minggu lalu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berkata Washington dan sekutunya bersedia untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria.

"Pembunuhan secara rambang terhadap orang awam, membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah dengan menggunakan senjata kimia adalah kelucahan moral," katanya dalam satu kenyataan yang diisytiharkan menerusi siaran televisyen.

Kerry berkata, Washington akan menyediakan lebih banyak bukti di sebalik serangan itu, dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menegaskan bahawa pesalah bakal berdepan hukuman. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment