My Add

Friday 23 August 2013

Yemen minta bantuan pesawat drone dari AS

SANAA, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour semalam meminta bantuan dari Amerika Syarikat (AS) untuk membekalkan pesawat drone bagi membantu negara ini membendung ancaman kumpulan militan al-Qaeda.

"Penggunaan drone dalam usaha membendung kegiatan kumpulan militan adalah sebahagian daripada kerjasama antara Yemen dan AS.

"Saya telah berbincang isu penggunaan drone dengan semua pihak dan saya yakin tentera negara ini mampu mengendalikan pesawat itu dengan baik," katanya seperti yang dipetik agensi berita Saba.

Kira-kira 40 anggota al-Qaeda terbunuh dalam beberapa operasi ketenteraan yang dilancarkan baru-baru ini. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment