My Add

Friday 23 August 2013

Kumpulan militan lancar roket ke Israel

LEBANON, JUMAAT, 23 Ogos, 2013: Kumpulan militan melancarkan empat roket ke Israel dari bandar pelabuhan Tyre yang terletak di utara negara ini, semalam.

Menurut pihak berkuasa Lebanon, serangan roket itu menyebabkan beberapa letupan dapat didengar di kawasan sempadan di utara Israel.

"Kumpulan militan melancarkan kesemua roket tersebut dari dua arah iaitu dari selatan dan timur Tyre," jelasnya.

Israel pula menyatakan bahawa sistem pertahanannya, Iron Dome dapat memintas satu daripada empat roket tersebut. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment