My Add

Saturday 3 August 2013

14,000 ekor lembu diimport untuk Aidilfitri

PELABUHAN KLANG, SABTU, 03 Ogos, 2013: Sebanyak 14,000 ekor lembu telah dibawa masuk dari Australia dan Thailand untuk menampung keperluan sepanjang Ramadan dan semasa sambutan Aidilfitri di seluruh negara sejak awal Julai lalu.

Jumlah itu termasuk sebanyak 2,500 ekor lembu yang baru tiba dari Australia melalui Pelabuhan Utara malam tadi

Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin berkata, kesemua lembu tersebut dapat menghasilkan 7,000 metrik tan daging, sekali gus dapat menampung keperluan daging lembu dan membantu mengimbangi harga syiling bahan makanan mentah itu di pasaran yang kini ditetapkan RM24 sekilogram.

"Awalnya kita telah membawa masuk kira-kira 7,000 ekor lembu dari Thailand tetapi tidak cukup untuk bekalan Ramadan dan Aidilfitri.

"Jadi 7,000 ekor lembu lagi dibawa masuk dari Australia melalui Syarikat Ternakan Kamran Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat di Malaysia yang mendapat kebenaran kerajaan Australia untuk membawa keluar lembu dari negara itu ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memeriksa 2,500 lembu yang baru tiba dari Australia untuk diagihkan di Lembah Klang, Kelantan, Pulau Pinang dan negeri-negeri berdekatan di South Point, Pelabuhan Utara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment