My Add

Saturday 3 August 2013

Tindakan The New Paper boleh jejas hubungan

JOHOR BAHRU, SABTU, 03 Ogos, 2013: Tindakan sebuah akhbar di Singapura, The New Paper yang memburuk-burukkan Malaysia melalui laporan bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana... kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' ialah satu perbuatan yang tidak wajar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, akhbar tersebut tidak sepatutnya membuat kesimpulan mudah dengan menggunakan insiden jenayah yang berlaku bagi memberi gambaran negara ini tidak selamat.

"Saya ingat, untuk mengatakan 'mati murah dan hidup mahal' itu tidak wajar. Keadaan itu akan menyebabkan perasaan yang tidak baik dan boleh menjejaskan hubungan rakyat antara kedua-dua negara," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 144 murid daripada golongan memerlukan di kawasan Parlimen Pasir Gudang dalam program Infaq Ramadhan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cendana, dekat sini hari ini.

Laporan akhbar semalam mendedahkan mengenai laporan akhbar Singapura yang dipercayai merujuk kejadian tembakan oleh pembunuh upahan yang meragut nyawa pengasas Ambank Berhad, Hussain Ahmad Najadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment