My Add

Tuesday 20 August 2013

24 pendatang tanpa izin ditahan di Lahad Datu

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

LAHAD DATU, SELASA, 20 Ogos, 2013: Polis menahan sebanyak 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam beberapa serbuan di sekitar bandar ini semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mat berkata, dalam serbuan itu juga polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun kerana disyaki memiliki dadah.

"Sebanyak 64 orang telah diperiksa dalam operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi itu dan kita telah menahan 24 orang kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri," katanya di sini hari ini.

Menurut Shamsudin, kesemua PATI yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment