My Add

Tuesday 20 August 2013

Siasatan pegawai polis miliki dadah diteruskan

Oleh ZAMZURINA AHMAD

KUANTAN, SELASA, 20 Ogos, 2013: Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu dalam dompet seorang pegawai polis di negeri ini yang parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, siasatan masih di peringkat awal berikutan keadaan pegawai berkenaan belum stabil dan tidak boleh bercakap.

"Polis belum mengambil keterangan pegawai berkenaan berikutan kecederaan parah yang dialaminya.

"Beliau mengalami pendarahan pada bahagian dalaman perut selain patah lutut kiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Derma Darah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sebuah kompleks beli-belah di sini hari ini.

Akhbar pada Sabtu lalu melaporkan serbuk dan ketukan kristal seberat 0.8 gram itu ditemukan pihak hospital ketika pegawai berkenaan yang cedera parah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) selepas kereta dipandunya melanggar belakang lori treler membawa muatan konkrit pada pukul 7 pagi Jumaat. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment