My Add

Tuesday 20 August 2013

Suruhanjaya Sekuriti jalin kerjasama dengan EU

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Ogos, 203: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menandatangani siri MemorandumPersefahaman (MoU) dengan pengawal selia sekuriti Kesatuan Eropah (EU) bagi menjalin kerjasama dalam pengawasan tawaran dana pelaburan alternatif rentas sempadan.

Menerusi pengaturan itu, SC menandatangani MoU bersama 24 negara, termasuk Sepanyol, Sweden dan United Kingdom, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Negara yang menandatangani MoU terbabit bersetuju menyediakan bantuan bersama dalam penyeliaan dan pengawasan terhadap pengurus dana pelaburan alternatif, delegasi dan depositori mereka yang beroperasi atas dasar rentas sempadan bagi menjaga kepentingan perlindungan pelabur, memupuk integriti pasaran dan kewangan serta mengekalkan keyakinan dan kestabilan secara sistematik," katanya.

SC juga berkata pengaturan kawal seliaan itu juga membuka ruang untuk pengurus dana Malaysia melaksana aktiviti pengurusan dana, mengurus dan memasarkan dana pelaburan alternatif, termasuk ekuiti swasta dan dana infrastruktur di EU.

"Pengurus dana juga dapat mengurus dana pelaburan alternatif Malaysia. Ini membuka ruang untuk Malaysia menarik modal antarabangsa daripada pelabur asing," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment